Search

16 CARA LAYAN ANAK SAMBIL BARING-BARING (KHAS UNTUK IBU BAPA YANG PENAT BEKERJA)

Sampai je rumah dari tempat kerja, terus melepek kepenatan. Tapi masa tu la anak berebut nak perhatian ibu bapa. Masa tu la mulut anak pokpekpokpek nak cerita macam2 tentang apa yang dilalui seharian tanpa ibu bapa di sisi. Masa tu la anak nak melompat-lompat memanjat-manjat nak impress ibu bapa dengan skill baru mereka. Kita semua pernah lalui situasi macam ni kan? Tak payah cakap yang bekerja, yang surirumah pun selalu mengalami keadaan macam ni. Kadang kita lupa, macam mana sehari suntuk kita penat bekerja, macam tu lah juga sehari suntuk anak2 penat menunggu kita untuk melepas rindu. Sangat penting sebenarnya untuk kita fikirkan aktiviti yang tidak memerlukan high energy, tapi ada high-impact atau manfaat yang bagus kepada anak dan terutama kepada hubungan parent-child itu sendiri. So hari ni kami nak kongsikan 16 aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak di kala ibu bapa melepek kepenatan. πŸ˜‚ 1) MEMBUTANG BAJU Bunyi macam membosankan. Tapi cuba suruh anak duduk dan buat aktiviti button and unbutton baju. Nescaya diorang boleh leka dengan aktiviti ni sampai subuh esok πŸ˜‚ Lagi best, kalau baju kerja yang korang tengah pakai tu memang ada butang. Haa suruh je la anak unbutton and button baju kerja korang berulang-ulang kali, sambil korang rileks atas sofa. Selain dapat buat anak leka, this activity actually meransang fine motor skill, hand-eye coordination, muscle control dan focus skill anak. Tak percaya, cuba lah! 2) MENAIP SURAT CINTA Buka microsoft word pada laptop atau desktop, dan set font bersaiz besar. Pastu, biarkan anak menaip surat cinta untuk neneknya di kampung. Dengan menggunakan keyboard, biarkan anak2 recognize huruf dan nombor yang ditekan. Selain dapat belajar mengenal huruf dan nombor, pergerakan tangan anak di atas keyboard juga boleh create nerves stimulation (ransangan saraf) dan membantu perkembangan kognitif yang baik. AWAS : Jangan gunakan tab atau phone untuk aktiviti ini kerana touchscreen tidak memberikan ransangan yang sama! AWAS LAGI : Pastikan ibu bapa berada di sebelah dan berinteraksi dengan anak ketika melakukan aktiviti ni. Takut kang anak tertulis surat cinta untuk boss korang dan terus tersend pulak. Naya! πŸ˜‚ Nak selamat, pastikan komputer tak connected dengan internet. 3) LUKIS ATAS BELAKANG MAMA Suruh anak lukis di atas belakang kita menggunakan jarinya, dan kita cuba teka apa yang dilukisnya. Aktiviti ni tak terhad kepada ABC 123 sahaja. Boleh suruh anak lukis objek simple macam heart shape, square, circle, tree, house, car, orang lidi, etc. . Mula2 memang susah nak teka dan geli geleman sampai meremang bulu roma. Tapi bila dah biasa, okay je. Anak belum lukis, kita dah tahu jawapannya. πŸ˜‚ . 4) TANGKAP-TANGKAP! . Mesti anak korang ada mainan lembut (stuffed toys) masa baby dulu kan? Gunakan mainan tersebut untuk aktiviti ni! . Sambil baring2 kat sofa, baling stuffed toys tersebut dan latih kemahiran anak untuk tangkap mainan yg dibaling menggunakan tangan. . Gunakan stuffed toys yang besar dan ringan untuk permulaan, supaya anak senang tangkap. Lama2 slowly increase difficulty level by using smaller stuffed toys,dan baling to different directions. . Aktiviti ni sangat membantu! Bantu mak bapak baring atas sofa, dan bantu anak cepat penat dan cepat tidur. πŸ˜‚ Plus, it helps a lot in stimulating your child's hand-eye coordination! . 5) READING BOOKS . Aktiviti ni best untuk anak yang suka buku. Tapi jangan pulak kau pergi guna buku teks sekolah. πŸ˜‘ . Guna buku cerita kegemaran anak atau buku yang banyak gambar dan kurang tulisan. Dan bacakan untuk anak sambil rileks baring-baring. . Kalau kena cara, anak boleh layan cerita dari buku berjam-jam! . 6) SAMBUNG-SAMBUNG CERITA . Kalau anak tak suka buku, NO PROBLEM! Cipta cerita sendiri. πŸ˜‰ . Korang boleh create satu situasi dan beberapa watak, contohnya-- . "Pada suatu hari, ada seekor gajah yang tengah kelaparan.

Sambil berjalan cari makanan, tetiba gajah berjumpa dengan seekor semut. Semut tu tengah angkat sehelai daun yang jauhhhh lebih besar dari badannya." . Lepas tu suruh anak sambung. Dan yang paling penting-- jangan kacau atau argue storyline yang anak pilih. Memang kengkadang jadi mengarut, tapi layan je! . Kata nak rileks, kan? . You will be surprised on how the story ends. Dan kadang2 boleh jadi sebuah story yang mind-blowing gila sampai tak tercapai dek akal πŸ˜‚ . 7) TEKA HURUF & NOMBOR . Ok yang ni simple. Sambil baring atas sofa tu, boleh main teka teki huruf dan nombor bersama anak. . Contoh-- Cuba cari kat sekeliling, apa benda yang mula dengan huruf J? Jawapan: Jam, Jari, Jug, Jacket, Jet, Jamban 😝 . Atau-- Cuba cari benda yang jumlahnya DUA? Jawapan: Tangan, mata, kereta, lubang hidung. 🐽 . Kalau kreatif, game ni memang takkan bosan sampai anak umur 28 tahun. Hahah! . 8. DOCTOR PLAY . This is the best trick untuk korang sentiasa boleh terbaring. . Berlakon jadi orang tua, orang sakit, atau baby, yang tak boleh bangun mahupun bergerak. πŸ˜‚ . Dan tugas anak adalah sebagai doktor yang sangat penyayang, dan perlu merawat pesakitnya yang parah dengan macam-macam penyakit ittew. . 9) GROOMING TREATMENT . Aktiviti ni sangat sesuai terutama untuk anak perempuan. Ibu bapa just baring atau rileks di atas sofa, sementara anak tolong buat grooming. Sikat rambut, polish kuku, sapu lotion, urut kepala, etc. . Uiiiii memang heaven sangat la sampai mak bapak boleh terlelap lalu tiba di dunia lain. πŸ˜‚ . 10) MAIN MAK-MAK . This one is simple, tapi agak messy. Kalau korang tak kisah rumah bersepah sekejap, demi kegembiraan anak-anak, then boleh cuba. . Build satu shelter menggunakan kusyen sofa, bantal dan selimut, kemudian main la mak-mak kat situ. Bring in some snacks and books, dan lepak la dalam tu sama2. . Less energy dan nampak remeh, tapi ada high-impact on child's cognitive development! . 11) BOARD GAMES . Kita semua tahu board game adalah aktiviti duduk setempat dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Just duduk je. Atau baring pun boleh. . Antara contoh board game adalah-- Puzzle, Uno Card, Memory game, Dam Ular, Chess, etc. . 12) PLAY-DOH . Ni kalau tahap tak tahu nak buat apa dah, play-doh la jawabnya. πŸ˜‚ . But it works everytime! Tapi jangan hari2 asyik play-dohhhhh je pulak. Kot ye pun penat, pastikan anak masih ada kepelbagaian aktiviti. Jangan asyik aktiviti yang samaaaa je. . Dan bila main play-doh, jangan asyik buat karipapppp je. Lepas karipap, karipap, lepas karipap, karipap.Tak karipap, sosej. πŸ˜‘ . Cuba la jugak buat bentuk lain. . 13) KOPEK KUACI ATAU KACANG . Kopek kacang ada impact yang sama macam aktiviti membutang baju tadi. It helps in stimulating your child's fine motor skill, hand-eye coordination, muscle control dan focus skill. . Walaupun anak tak makan kacang atau kuaci, takpe. Biar anak kopek banyak-banyak, dan mak bapak makan sambil goyang kaki. Amboi πŸ˜‚ . 14) SHADOW PLAY . Aktiviti ni PALING MUDAH. Masuk bilik tidur, tutup lampu, semua orang baring, nyalakan lampu suluh, dan semua orang buat bentuk menggunakan tangan masing-masing. . Dan tengok shadows yang terbentuk di siling atau dinding. Boleh juga combine aktiviti ni dengan aktiviti sambung cerita (No.6) . Lepas penat main shadow, boleh buat pertandingan, siapa tidur dulu, dia menang. πŸ˜΄πŸ’€ . 15) OFF-ROAD TRACK! . Korang ada tshirt lama yang plain dan berwarna cerah? Kalau ada, lepas balik kerja terus sarung tshirt tu. . Kemudian meniarap atas sofa atau katil, dan biarkan anak lukis "track" atau jalan raya di atas belakang anda menggunakan marker, and biarkan anak main kereta hot wheels mereka di atas belakang anda. . Sementara itu, anda boleh berdengkur sampai subuh esok. πŸ˜‚ . Kalau anak belum pandai lukis, no problem! Ibu bapa boleh lukiskan track tersebut. Nak lebih menarik, tambah pokok2, bangunan dan traffic light! . Mesti anak tak sabar2 menunggu kepulangan anda setiap hari, untuk mempergunakan belakang anda. 😁 .

16) Haikal's Game Book! . This is the best way! Low energy required, tapi beri high impact on child's development. . #HaikalsGameBook boleh bantu anak fokus dalam tempoh yang lama, dan dalam masa yang sama dapat meransang fine motor, hand-eye coordination, imaginations, cognitive, creative thinking, problem-solving skill. . Dan yang paling best, dapat create MAGIC MOMENT antara ibu bapa dan anak, serta connection antara adik-beradik. . Lagi best, it's ERASABLE dan boleh guna berulangkali! A perfect activity bila ibu bapa kepenatan balik kerja, dan bila anak tantrum minta gajet πŸ™„ . Last but not least, walau dalam apa pun keadaan, ibu bapa perlu bertindak adil kepada anak2 dan lebih kreatif memikirkan penyelesaian dalam setiap isu yang dihadapi dalam dunia parenthood. . Because at the end of the day, kita sebenarnya berkerja keras untuk anak-anak juga. Kan? . So make sure we are always in good emotions, everytime we come home to our children. πŸ˜ƒ .

#HaikalsGameBook #ErasableReusableShareable #OverpowerScreenAddiction . www.haikalsgamebook.com

Shopee: Haikal's Game Book Whatsapp: 010 225 0494

0 views

Contact Us:

+6 010 225 0494