Search

3 langkah mengawal pendedahan gajet pada anak:

1) SET SCREEN TIME LIMIT . Tetapkan had masa penggunaan gajet atau TV -- 15-20 mins at a time, dan maximum 1-2 hours a day. . Gunakan alarm clock sebagai "pengukur" masa, dan pesan pada anak-- . "Mama bagi kamu tengok ipad ni 15 minit sahaja. Bila alarm ni bunyi, bermaksud masa dah tamat dan kamu perlu pulangkan semula ipad ni." . Bila kita dah beri ketetapan begitu, be firm with that rules. Walaupun pada mulanya mungkin anak kurang beri kerjasama. . Apabila masa telah tamat, jangan rampas ipad tersebut daripada anak tanpa notis. Tapi gunakan PRE-WARNING method. . 5 minit sebelum masa tamat, beritahu anak-- "Lagi 5 minit mama akan ambil semula ipad tu ye." . 1 minit sebelum masa tamat, beritahu dia-- "Lagi 1 minit mama akan ambil semula ipad tu ye." . Dan apabila masa dah tamat, countdown untuk ambil ipad tersebut-- . "Adik, mama akan ambil ipad ni sekarang dalam kiraan 10. 10.. 9.. 8.. 7.. 6.. 5.. 4.. 3.. 2.. 1.. dan ambil ipad." . Untuk permulaan bagi anak yang tak biasa diletakkan time limit begini, mereka mungkin akan memberontak, marah dan tak boleh tolerate. . Itu normal, kerana mereka belum betul2 faham peraturan yang baru dikenakan. Ibu bapa hanya perlu tegas, konsisten dengan peraturan yang sama, dan beri masa kepada anak untuk belajar menerima peraturan tersebut secara perlahan2. . Lama2 anak akan faham, dan boleh serahkan semula gajet tersebut dengan gembira. 😊 . . 2. FIND GOOD AFTER-SCREEN ACTIVITIES . Ibu bapa perlu bijak fikirkan aktiviti yang seronok selepas tamat tempoh pendedahan skrin supaya anak boleh tolerate kepada time limit dengan lebih mudah, dan terus boleh transit dari screen time kepada aktiviti seterusnya. . Ada beberapa strategi yang boleh difikirkan. Contohnya-- . Lepas anak tengok baby shark di youtube, tutup gajet, dan ajak anak buat beberapa after-screen activities seperti menyanyikan semula lagu baby shark, atau menari bersama, atau melukis dan mewarna gambar shark bersama. . Kalau anak baru lepas tengok tutorial playdoh atau tutorial lego di ipad, lepas tamat tempoh screen time, terus keluarkan playdoh atau lego dan ajak anak cipta sesuatu menggunakan playdoh / lego macam dalam tutorial yang ditonton. . Kalau anak baru lepas tonton upin ipin di TV, lepas tutup TV, terus ajak anak buat aktiviti lain sambil berlakon jadi watak dalam cerita tersebut. Contohnya, ajak anak baca buku-- "Upin, jom baca buku dengan kak ros. Kak ros ada satu cerita besttt." Kak ros tu kita la😁 . Atau kalau anak baru lepas main game kat phone, boleh jadikan #HaikalsGameBook sebagai after-screen activity, dan buat secara berkumpulan. . Dengan cara ini, lama-lama anak akan sedar bahawa ada banyakkkkk lagi keseronokan yang dia boleh dapat selain gajet. . . 3. RECONNECT WITH YOUR KIDS Menurut kajian, anak akan lebih mudah mematuhi peraturan yang kita sediakan, jika kita ada good physical and emotional connection dengan anak. . That's why selepas "disconnect" sekejap masa screen time tu, penting untuk kita reconnect semula dengan anak. Berbual dengan dia. Bermain dengan dia. Wujudkan interaksi semula. . Anak2 akan hormat hak kita sebagai ibu bapa, jika kita hormat dan berikan hak anak2 (perhatian dan kasih sayang selayaknya) . Tag beberapa orang rakan jika anda rasa bermanfaat. Have a good day! . #HaikalsGameBook #OverpowerScreenAddiction



22 views

Contact Us:

+6 010 225 0494