Search

5 CARA MUDAH UNTUK IBU BAPA KENALKAN NABI MUHAMMAD (SAW) KEPADA ANAK2


Pernah tak anak2 tanya-- "Siapa Nabi Muhammad?" "Kenapa kita kena sayang dia?" "Dia duduk mana?" . Pening nak jawab kan? 😂 . Ini 5 CARA MUDAH UNTUK IBU BAPA KENALKAN NABI MUHAMMAD (SAW) KEPADA ANAK2: . 💖 Bed time story . Kalau sebelum ni kita selalu ceritakan kisah dongeng atau kisah superhero, hari ni kita tukar dengan ceritakan kisah Nabi Muhammad SAW. Guna bahasa dan ayat mudah supaya anak mudah faham. Percayalah, makin banyak anak dengar nama Nabi Muhammad, makin lekat dalam ingatan dan hati anak. . 💖 Buku kisah Nabi Muhammad . Kalau singgah kedai buku, cari buku kisah nabi & sahabat yang ringkas2 supaya mudah untuk anak explore dan baca (dalam bentuk komik atau ilustrasi menarik). Kat rumah, sepahkan buku2 cerita sebegini di hadapan anak, untuk menarik minatnya. . 💖 Nabi sebagai SUPERHERO . Ada banyak mukjizat (superpower) Nabi Muhammad yang boleh diceritakan kepada anak seperti nabi membelah bulan, peristiwa israk mikraj, awan melindungi nabi, dan sebagainya. Gunakan kreativiti anda untuk mengaitkan superhero kegemaran anak dengan kehebatan Nabi Muhammad. . 💖 Amalkan sunnah Nabi Muhammad . Fahamkan anak betapa cara hidup kita hari ini banyak dipengaruhi oleh cara hidup nabi. Cara kita solat, cara makan, berbuat baik, semuanya adalah akhlak nabi Muhammad. Betapa kita sebenarnya amat akrab dengan baginda. Antara sunnah nabi yang mudah seperti-- senyum, memandang wajah orang yg sedang bercakap, makan dgn tangan kanan, minum sambil duduk, bersedekah, berdoa dan banyak lagi. Biasakan anak dengan sunnah supaya jadi sebati dalam diri mereka. . 💖 Taalim Sesudah solat . Taalim atau menyampaikan ilmu adalah rutin yang amat digalakkan dalam keluarga. Lepas solat, duduklah dengan anak2 dan kongsi beberapa kata2 nabi dan kisah2 sahih daripada hadis. Izinkan anak tanya apa2 yang bermain dalam fikiran mereka dan jawablah dengan tenang. Walaupun anak nampak "main2", tapi percayalah taalim adalah salah satu teknik "positive programming" dalam minda anak. . #HaikalsGameBook #OverpowerScreenAddiction . www.haikalsgamebook.com

Shopee: Haikal's Game Book

22 views

Contact Us:

+6 010 225 0494