Search

5 Cara Tingkatkan Pemikiran Kreatif Anak

1: TANYA SOALAN YANG BUAT ANAK BERFIKIR Cuba tanya anak2 anda soalan begini: "Kenapa burung boleh terbang tinggi? Manusia tak boleh terbang pun?" Mula-mula anak akan jawab mengarut atau langsung tak jawab. Biarkan Beri mereka masa untuk hadam soalan tu. Lama2 bila dah biasa ditanya begitu, mereka akan tiba2 bagi jawapan yang tak disangka-sangka. 😁 2: BERI ANAK PENGALAMAN BARU Jika kita jarang memasak bersama anak, cuba luangkan satu hari untuk memasak bersama. Atau; Kalau tak pernah masuk hutan, bawa mereka masuk hutan. Biar mereka rasa pengalaman baru. Semua pengalaman baru ini akan membuka minda anak2 dan membuatkan mereka lebih aktif berfikir secara tidak langsung. . 3: GALAKKAN ANAK BERIMAGINASI Selalulah ajak anak berimaginasi. Contohnya: "Cuba Haikal bayangkan kita sekarang dekat negara yang ada salji. Sejuk."

Atau; "Cuba bayangkan kita sekarang tengah naik helikopter. Macamana rasa dia?" Dan daripada imaginasi tersebut, tanya anak, apa yang dia nampak, apa yang dia dengar, apa yang dia buat dan sebagainya. Dah tentu akan ada benda2 mengarut yang mereka fikirkan nanti. Biarkan. Jangan intellectualize imaginasi mereka. 4: BERLAKON JADI ORANG LAIN Contohnya bermain switch role.

Mama jadi Haikal, Haikal jadi mama 😂 Dari situ, kita boleh nampak macamana diri kita di mata anak2. Mereka akan tiru 'sebijik' dan sejujurnya macam kita. Jadi dari situ, kita akan nampak betapa buruknya rupa dan percakapan kita sebenarnya. 😬 5: FREE-WRITING AND FREE-DRAWING Apa yang kita perlu sediakan ialah sebatang pensel dan sekeping kertas. Bawalah anak pergi pantai ke, pergi taman ke. Biarkan anak tulis, lukis atau conteng apa sahaja yang mereka nampak dan dengar. Mula2 mungkin anak takkan tulis atau lukis apa2. Tak apa. Teruskan beri mereka galakkan. You will be surprised bila tengok hasilnya nanti! 😁

#HaikalsGameBook #OverpowerScreenAddiction #ErasableReusableShareable . www.haikalsgamebook.com

Shopee: Haikal's Game Book Whatsapp: 010 225 0494

0 views

Contact Us:

+6 010 225 0494