Search

7 TIPS SUPAYA ANAK SUKA MEMBACA

1. Selalu bawa anak ke kedai buku / perpustakaan . Kalau pergi shopping complex, curi peluang untuk singgah kedai buku atau perpustakaan mini kat situ. Biarkan anak untuk “explore” buku-buku yang ada. . 2. Pilih buku yang menarik minat anak . Cari buku yang ada ilustrasi menarik, warna-warna ceria, dan ayat-ayat ringkas. . 3. Jadikan membaca sebagai rutin harian . Buat jadual dan tetapkan masa untuk "reading time" di rumah. Contohnya setiap Sabtu dan Ahad, jam 10-11pagi. Pada waktu ini pastikan setiap ahli keluarga pegang buku dan bukannya “smart phone”. 😉 . 4. Wujudkan ruang membaca yang selesa . Untuk menarik minat anak, ibu bapa kena bijak menyediakan suasana yang "memanggil" mereka untuk membaca. Wujudkan satu ruang bacaan khas yang menarik dan selesa supaya anak lebih teruja dan fokus. . 5. Baca buku bersama . Sebagai permulaan, jangan suruh atau arah anak untuk membaca. Tapi ajak mereka baca bersama, atau ibu bapa bacakan buku cerita kepada anak2 sebelum tidur. Sesekali beri anak kuasa untuk tentukan tajuk buku yang diminatinya. . 6. Banyakkan aktiviti yang melibatkan buku . Kalau ada banyak buku dan majalah lama yang tak berusik kat rumah, benarkan anak sepahkan dan "main" dengan buku-buku tersebut. Ajak anak bina menara/rumah, terowong, art and craft, atau apa saje menggunakan buku2 tu. . 7. Jadi contoh kepada anak-anak . Ibu bapa adalah orang yang paling diperhatikan oleh anak-anak. So jom budayakan membaca dalam diri sendiri sekarang! 😁

#HaikalsGameBook #ErasableReusableShareable #OverpowerScreenAddiction . www.haikalsgamebook.com

Shopee: Haikal's Game Book Whatsapp: 010 225 0494

65 views

Contact Us:

+6 010 225 0494