Search

Had Selamat Pendedahan Gajet Pada Anak Mengikut Umur

Adakah kita betul2 tahu tentang had selamat pendedahan skrin pada anak2? Berapa lama nak benarkan anak2 tengok TV / gajet / phone? . Here are some recommendations dari American Academy of Pediatrics dan Canadian Paediatric Society: . ❗️Untuk anak 2 tahun ke bawah, mereka tidak sepatutnya didedahkan dengan skrin langsung, sebaliknya diberikan aktiviti sensory yang melibatkan banyak pergerakan dan sentuhan. . ❗️Untuk anak 2-5 tahun, limit screen time to 1 hour per day, dengan 100% pantauan orang dewasa. Dan pastikan sentiasa wujud interaksi ketika menonton. . ❗️Untuk anak 6 tahun ke atas, screen time perlu dihadkan mengikut keperluan dan keadaan. Ibu bapa perlu bijak beri keseimbangan antara screen time dan aktiviti lain seperti tidur yang cukup, bermain, bersama keluarga, aktiviti fizikal, dan lain2. . ❗️ Pendedahan skrin terhadap anak perlu sentiasa dipantau oleh orang dewasa. Jangan sesekali beri anak gunakan gajet / TV seorang diri tanpa interaksi atau sehingga mereka tertidur. . . Apa pula kesan bila anak terlalu banyak didedahkan dengan skrin / gajet / TV, sampai kurang masa untuk bermain, beraktiviti, belajar, berinteraksi, tidur? . 1. RISIKO PSIKOSOSIAL . Pendedahan skrin berlebihan boleh membantutkan kebolehan berinteraksi face-to-face pada anak tersebut. Menurut kajian, anak yang didedahkan dengan gajet/skrin seawal usia 2 tahun, cenderung untuk mengalami masalah komunikasi, panas baran, dan kurang kawalan emosi. . 2. SPEECH DELAYS . Anak2 yang tak berpeluang bermain secara konvensional (berlari, melompat, main blocks, board games, playground, etc) dikatakan mempunyai kurang kosa kata dan kemahiran bercakap. Anak yang banyak didedahkan dengan gajet seawal usia setahun, dikatakan paling cenderung untuk menghidap Speech Delays. . 3. KESIHATAN FIZIKAL TERJEJAS . Pelbagai masalah kesihatan seperti obesiti, masalah penghadaman, insomnia, juling, rabun, gagap, pelat, ketidakseimbangan badan, masalah saraf, dan lain2 boleh berpunca dari pendedahan skrin berlebihan. . 4. KURANG KEMAHIRAN ASAS . Menurut kajian, anak pra-sekolah yang didedahkan dengan gajet dari kecil dikatakan tidak menguasai kemahiran asas seperti memegang pensel, mengikat tali kasut, mengayuh basikal, memegang barang dengan cermat, dan lain-lain. . 5. INSOMNIA ATAU MASALAH TIDUR . Screen Time selalu dikaitkan dengan masalah tidur, yang mampu beri impak negatif terhadap perkembangan otak, dan tingkah laku anak. Ia juga beri kesan negatif terhadap tumbesaran fizikal. . . Dan berikut adalah beberapa tips untuk bantu ibu bapa kawal pendedahan skrin pada anak2: . 1. TEGAS DAN KONSISTEN . Bila kita dah tetapkan had masa penggunaan gajet / TV, konsisten dengan peraturan tersebut setiap hari, dlm apa jua keadaan. Jgn berkompromi, agar anak faham dan patuh dengan peraturan yg disediakan. . 2. PARENTS, YOU SET THE EXAMPLE . Because monkeys see, monkeys do. Ibu bapa perlu jadi contoh, dan akur dengan peraturan. Ketepikan gajet pada waktu2 yg tak sepatutnya menggunakan gajet. Contohnya, waktu makan, waktu tidur, waktu bersama keluarga, dan sebagainya. . 3. AVOID BACKGROUND TV . Kadang2 kita suka buka TV (walaupun tak menonton) supaya rumah tak rasa sunyi. Tanpa kita sedari, ia boleh menyebabkan anak2 kecil mengalami sensory deprivation kerana sentiasa terdedah dengan bunyi tanpa henti. Silence kadang2 melatih anak agar lebih alert dengan keadaan sekeliling, lebih kreatif dan lebih berinteraksi. . 4. AKTIVITI ALTERNATIF . As a parent, you can model and suggest healthy alternatives such as outdoor play, reading a book, making crafts, or board games. Jadi ibu bapa yang kreatif! . 5. BERMAIN DENGAN ANAK . Beri anak masa bermain bukan bermaksud kita duduk tercongok saje, tapi main bersama mereka. Masuk dlm dunia mereka, selami imaginasi mereka. Ini bukan saje mengeratkan hubungan, tp mengasah kemahiran komunikasi. Bila bermain, wujudkan interaksi dgn anak. Try to be a good observer, listener, and asker. Lama2 anak pasti lebih suka interaksi bersama anda berbanding gajet. . Screen time memang banyak impak negatif terhadap perkembangan anak, tapi jika ibu bapa berjaya tunjuk contoh yang baik, mampu kawal penggunaan skrin anak2 di rumah, pasti screen time akan beri 1001 manfaat dalam kehidupan kita sekeluarga. . Remember to find the balance between screen time and activities that are crucial to learning and development such as physical activity, outdoor play, creativity, sleep, and face-to-face interaction. All the best!




. Perkongsian ini disediakan oleh Adlil Rajiah , ibu kepada Haikal yang pernah disahkan menghidap Excessive Screen Exposure (which shows similar traits to autisme) beberapa tahun lalu. Beliau terpaksa berhenti pengajian PhD dan berhabis ribuan ringgit bagi menjalankan intervensi pemulihan terhadap anaknya oleh beberapa doktor pakar. . Walaupun Haikal telah pulih sepenuhnya, namun Adlil Rajiah sehingga kini masih trauma dengan tragedi tersebut, dan berharap ibu bapa lain mengambil ikhtibar serta mengawal penggunaan gajet terhadap anak-anak. Beliau juga komited membantu ibu bapa muda mengawal pendedahan skrin pada anak-anak melalui Haikal's Game Book yang merupakan aktiviti yang telah banyak membantu mengurangkan ketagihan gajet pada Haikal beberapa tahun lalu. . Baca maklumat lanjut di sini: https://www.facebook.com/haikalsgamebook/posts/1436089643187344 . #HaikalsGameBook #OverpowerScreenExposure

25 views

Contact Us:

+6 010 225 0494