Search

NAK LATIH ANAK PEGANG PENSEL DENGAN BETUL? CUBA 5 TIPS NI.

🔴 Fine Motor Skills . Untuk anak-anak seusia 2 tahun, banyakkan aktiviti yang merangsang kemahiran motor halus. Contohnya, mengoyakkan kertas, mengasingkan manik mengikut warna, membutang baju dan sebagainya. Ini penting untuk tingkatkan hand-eye coordination dan menguatkan otot tangan (pincer grasp). . 🔴 Finger Painting . Letakkan sikit water color atas tangan anak, bentang kertas mahjong di lantai dan dinding, dan biarkan anak explore dan melukis menggunakan tangan dan jari-jari mereka. Nak guna kaki sekali pun boleh 😁 . 🔴 Menulis dan melukis di pasir . Gunakan platform pasir, garam, beras atau apa2 material bertekstur halus untuk anak menulis dan melukis menggunakan jari. Ataupun suruh anak2 cari mainan tersembunyi dalam beras / pasir tu. Aktiviti ni nampak simple, tapi dapat merangsang deria sentuhan (sensory developement) yang sangat membantu dalam menajamkan fine motor skills anak. . 🔴 Guna pen yang sesuai . Untuk permulaan, gunakan material yang batangnya berdiameter besar dan pendek seperti marker, crayon, chalk dan sebagainya untuk memudahkan anak2 pegang dan kawal. Boleh juga gunakan pensel yang batangnya berbentuk segitiga yang direka khas untuk mengukuhkan cengkaman sewaktu memegang. . 🔴 Sokongan dan pujian . Bantu anak dengan memberi sokongan dan dorongan dalam memahirkan mereka memegang pensel dengan betul. Sesekali berikan pujian kepada anak sebagai tanda bangga atas pencapaian yang baik dan tidak berputus asa.


#HaikalsGameBook #ErasableReusableShareable #OverpowerScreenAddiction . www.haikalsgamebook.com

Shopee: Haikal's Game Book Whatsapp: 010 225 0494

0 views

Contact Us:

+6 010 225 0494